Sunday, April 11, 2010

PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)


Pusat Sumber Sk. Kesapang merupakan nadi penting bagi sesebuah sekolah. Di dalamnya terkumpul pelbagai sumber maklumat yang boleh membantu murid dalam meningkatkan mutu pembelajaran murid.

Pelajar selaku pengguna utama Pusat Sumber sekolah perlu mengenali secara jelas maklumat utama pusat sumber seperti kemudahan ruang, koleksi bahan, peraturan menggunakan Pusat Sumber. Murid-murid perlu juga diterapkan kemahiran mengendalikan maklumat seperti kemahiran perpustakaan, kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, menyampai maklumat dan kemahiran berfikir. Sehubungan dengan itu para pelajar perlu bimbingan dan pendedahan tentang kemahiran perpustakaan dan kemahiran mencari maklumat.

Objektif  utama Pusat sumber sekolah;

  • Meningkatkan taraf pengajaran pembelajaran dan prestasi pencapaian akademik

  • Menggalakkan murid-murid dan guru-guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan pengajaran supaya mereka tidak bergantung semata-mata pada buku teks.

  • Menggalakkan tabiat belajar sendiri, tabiat membaca, tabiat ingin tahu di kalangan murid-murid melalui penggunaan bahan di pusat sumber sekolah.

No comments:

Post a Comment