Sunday, April 18, 2010

PRA SEKOLAH


Peranan Pendidikan Pra Sekolah
Pendidikan Prasekolah berperanan menyuburkan pontensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, mengusasai kemahiran asas dan memupuk sifat positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

Rasional

Pendidikan Prasekolah adalah satu program untuk membantu kanak-kanak daripada keluarga miskin mendapat pendidikan awal. Oleh yang demikian, pendidikan awal yang berkualiti dan selaras d seluruh Malaysia adalah penting bagi perkembangaan kanak-kanak secara menyeluruh dan merupakan salah satu stragtegi awal untuk sumber manusia yang lebih keratif, inovasi, berdisiplin dan produktif dalam mengisi misi dan visi negara dalam wawasan 2020.

Di sini Pembantu pengurusan Murid (PPM) bertanggungjawab membantu Guru di kelas Prasekolah dalam pengurusan hal berkaitan dengan Pengajaran & Pembelajaran secara efektif bagi mencapai misi dan visi Negara. Tugasan ini merupakan tanggungjawab utama dalam menbantu Guru melaksankan sesi Pengajaran & Pembelajaran.
  • Membantu Guru merancang aktiviti bimbingan & asuhan.
  • Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat & menggembirakan bagi merangsang bimbingan & asuhan.
  • Membantu memilih & menyediakan peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan & perkembangaan murid-murid prasekolah.
  • Membantu mengawas & menjaga keselamatan, kesihatan & keselesaan murid-murid sama ada di dalam / di luar kawasan sekolah.
  • Memberi bantuan kepada murid-murid & mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di kelas supaya mereka dapat melibatkan diri secara akitf.
  • Membantu Guru dalam penyediaan pengajaran & pembelajaran Prasekolah.
  • Merujuk kepada pekeliling-pekeliling yang berkaitan.



No comments:

Post a Comment