Tuesday, August 17, 2010

Kem Bestari Solat Siri 2 2010

Sessi jamuan

Pada 7 Ogos 2010 (Sabtu) yang lalu, satu program J-QAF iaitu KBS Siri 2 2010 telah diadakan di sekolah ini. Program Kem Bestari Solat ini merupakan aktiviti wajib yang perlu diadakan pada setiap tahun mengikut fasa yang tertentu.
Seramai 160 orang murid telah mengikuti program ini yang terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 5. Bagi melancarkan aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK), semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada seoarang fasilitator.
Sembayang Zohor berjemaah
Antara pengisian yang dilakukan di dalam  program ini ialah, murid-murid telah didedahkan dengan cara mengambil wudhu dengan sempurna, lafaz niat solat, perlakuan dan bacaan dalam solat serta melakukan solat zohor berjemaah.
Pada pukul 1 tengahari majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh En. Jamri Asoi iaitu Naib Pengerusi PIBG SK. Kesapang dan diikuti dengan majlis bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Mohd. Razuan bin Kasim. Selepas itu, semua guru dan murid menjamu selera beramai-ramai di kantin sekolah. Antara kelainan yang terdapat dalam program kali ini ialah acara masakan dilakukan secara gotong- royong oleh guru-guru kakitangan sekolah dan turut disertai oleh ibubapa.
Justeru itu, diharapkan program ini dapat diperbaiki dari semasa ke semasa dan usaha agar melahirkan generasi yang cintakan solat serta dapat melahirkan murid yang beriman  khususnya daripada murid-murid sekolah ini, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment